Ads

Thursday, 29 September 2011

Appointments arrangement

Hello guys! How are you!

I am going today to pick up the MAS air ticket.

By the way, here are the appointments that have been arranged by House Ear Clinic. Imagine guys, how efficient they are.

Tuesday, October 11, 2011:
8.30 a.m Admitting/House Ear Clinic
9.00 a.m Dr Marc Schwartz, Neurosurgeon
11.15 a.m Dr Rick Friedman, Neurotologist
1.00 p.m Dr Micheal Stefan, Internist (He will be doing the preoperative phisical and laboratory tests)

Wednesday, October 12, 2011
5.00 a.m Admitting/St. Vincent Medical Centre
7.30 a.m Surgery

Tuesday, 27 September 2011

One sweet NGO....

Hello there again.

I wish to say personally thank you to this NGO. This NGO visit me at my house many times, and very concern about people who really in need. This NGO has donate RM10,000 for my surgery and paid directly to the hospital in Los Angeles.

They help me a lot in my journey. All I will do is to supply to this NGO the account number of the hospital as soon as possible.

Once again, thank you.

MAICSA

Hello guys! How are you today? Hope you guys are in good conditions.

This morning, I received a call from CEO of MAICSA that they agree to donate RM10,000 for the operation. This is very good news to me.

MAICSA, a professional body of Chartered Secretaries Malaysia, has very much concern about their members in Malaysia.

Thank you MAICSA. Once again, thank you.

Monday, 26 September 2011

Funds raised so far

Hello guys! How are you all today?

Well, as you all can see, the funds raised so far is RM123.728.20. Still need RM25k.

Just now, I receive a call from MAICSA that they will have a council meeting this afternoon, and forward to the council about my matter. I hope to get good news from them.

I hope you guys out there will continue to support me, help me, and buy some merchandises to raise funds for my surgery, because your helps and support are very crucial to me now.

Sunday, 25 September 2011

Tentative dates to US

Hello there guy! How are you today!

Hah, guys, as you all know, I will fly to California, this 5th October 2011. I'll be there with my MOM (arrrr), Yvonne and her mom too.

Thanks to all of you out there, and especially to Yvonne, that I've could not achieve this objective without the support and encouragement from her.

On 10th October 2011, there will be appointments with the doctors at House Ear Institute before my surgery. And on 12th October will be the surgery date.

And my plan on 8th October is to accompany Yvonne and her mom to LA before she and her mom will go to Maryland. Yvonne's surgery is on 14th October 2011 in Maryland.

Hope everything will go well.

Total funds raised at Seksan (Readings) RM683.00


Me and Sharon Bakar


Sharon is holding Angry Bird Toys!

Hello there guys! How are you today? It has been very busy week for myself.

I would like to personally say thank you to Ms Sharon Bakar, the funds raising and sales at Seksan Gallery, Bangsar is RM683.00.

Wednesday, 14 September 2011

Berita Harian (15/9/2011)

Derita tumor otak
Oleh Nor Affizar Ibrahim
affizar@bharian.com.my
2011/09/15



Antara barangan yang djual Syahidah melalui blog.
Syahidah usaha kumpul dana untuk rawat penyakit acoustic neuroma

PENYAKIT tumor otak, acoustic neuroma (AN) yang dikesan dan dideritai Syahidah Ishak, sejak setahun lalu mengubah hampir sebahagian daripada hidupnya.
Namun begitu, Syahidah, 33, yang sebelum ini bertugas sebagai pensyarah di kolej swasta dan mengajar subjek ekonomi serta pengurusan, reda dan akur dengan ujian Allah harus diharungi.
Biarpun seronok berkongsi pengetahuan dengan pelajarnya tetapi dengan pergerakan terbatas dan beberapa perubahan fizikal dialami sejak di diagnosis tumor otak, Syahidah dengan berat hati meminta ditukarkan di bahagian peperiksaan.

“Saya suka untuk berkongsi pengetahuan dengan pelajar tetapi saya tidak lagi boleh menjalankan pembelajaran kerana hendak menulis pun agak sukar. Malah, tangan saya sering mengalami kekejangan. Pergerakan saya juga agak lambat dan tidak seperti dulu lagi. Begitu juga pada bahagian muka sedikit herot manakala mata tidak boleh tutup lama,” kata Syahidah menceritakan penderitaan dan beberapa perubahan fizikal dialami.

Menceritakan penyakit dihadapi, Syahidah berkata pada awalnya dia mempunyai masalah pendengaran dua tahun lalu tetapi tidak fikir banyak mengenai hal itu kerana menganggap ia masalah biasa.

Namun, keadaan itu berlanjutan dan masalah pendengaran dihadapi semakin teruk ia seperti mendengar ketika berada dalam air. Kemudian, telinga kiri juga mengalami masalah hampir sama. Keadaan itu menyebabkan koordinasi Syahidah terjejas dan hilang keseimbangan serta menyukarkannya untuk bergerak.
“Sehinggalah suatu hari saya hilang keupayaan untuk mendengar pada telinga kanan. Mulanya, saya fikirkan telinga tersumbat dan cuba untuk membersihkan tetapi ia tidak membantu. Saya kemudian meminjam kawan, alat pendengaran (earphone) untuk mendengar muzik dan dari situlah menyedari telinga kanan saya menghadapi masalah langsung tidak dengar,” katanya.

Syahidah yang tinggal di Ampang, berkata dia menjalani pemeriksaan lanjut pada bulan Julai lalu untuk mengetahui masalah sebenar dihadapi. Ujian yang dijalani menunjukkan, dia mempunyai tahap tiga tumor berkembang di dalam otak.

“Saya agak terkejut dengan hasil ujian itu kerana tidak sangka ada tumor otak yang dikesan sedangkan sebelum ini, saya sangka sakit telinga dialami adalah sakit biasa saja. Mulanya, saya mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan kepada sesiapa mengenai penyakit dihadapi termasuklah keluarga. Tetapi apabila ibu bapa saya dapat tahu, saya berasa bersalah dan menceritakannya serta memohon maaf kepada mereka. Sebenarnya, saya tidak mahu mereka bimbang,” katanya sambil menambah ibu bapanya adalah pesara.

Sejak itu, keluarga, rakan-rakan dan pelajar memberinya sokongan moral, termasuk penulis blog, Yvonne Foong yang menderita penyakit neurofibromatosis serta mengalami penderitaan sama dialami. Syahidah turut membuat penyelidikan melalui internet untuk memahami dan mengetahui lebih lanjut penyakit dihidapi.

“Banyak membaca dan mencari maklumat ada kala membuatkan saya rasa takut dengan penyakit saya tetapi pada masa sama, ia penting untuk saya mendapatkan pengetahuan,” ujarnya telus berkongsi kegusaran di hati.

Pada Oktober tahun lalu, Syahidah menjalani pembedahan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dengan kos RM33, 800. Selain majikan, jumlah kos rawatan itu turut ditanggung syarikat insurans.

Katanya, pakar bedah berjaya mengeluarkan hanya 2.4cm tumor daripada 3.8cm yang dikesan. Syahidah mendapatkan beberapa pandangan pakar perubatan mengenai baki tumor yang masih tinggal. Rata-rata berpendapat, baki tumor yang masih ada berbahaya dan jika tidak dirawat ia boleh berkembang, di samping memberi kesan kepada telinga dan juga deria imbangan badan.

Selepas membuat segala pertimbangan, anak tunggal perempuan dalam empat beradik ini bertekad untuk menjalani pembedahan membuang baki tumor di hospital di Amerika Syarikat (AS).

Menerusi rakan blog, Foong, Rasyidah mendapat tahu Dr Rick Friedman, pakar mengenai masalah telinga dan pernah berjaya mengeluarkan tumor 4cm dengan melakukan pembedahan selama empat jam.

“Saya berterima kasih kepada Foong yang mencadangkan Dr Friedman kepada saya. Melalui emel saya sering mendapatkan pandangan dan nasihat daripada Dr Friedman mengenai penyakit dihadapi,” katanya turut memberitahu akan menjalani pembedahan di AS dengan kos 50.000 US $ (RM150, 000).

Kos yang tinggi itulah menyebabkan Syahidah tidak lena tidur kerana tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan sumber bagi membiayai rawatan pembedahannya dijangka akan dibuat Oktober depan.

“Insurans perubatan tidak termasuk rawatan di luar negara dan Majlis Kanser Kebangsaan Malaysia (Makna) klasifikasikan kes saya sebagai bukan kanser dan tidak dapat membantu saya. Mulanya saya bercadang untuk membuat pinjaman peribadi daripada bank tetapi dengan keadaan kesihatan dialami, tidak mungkin saya boleh berbuat demikian. Ibu bapa pula bukan orang senang dan mereka masih perlu menanggung seorang lagi adik saya yang sedang belajar,” katanya.

Tambahnya, sejak Julai lalu dia tidak dapat tidur dengan betul akibat kesan penyakit dihidapi, di samping mempunyai masalah menutup mata kanan.

Syahidah memberitahu, cuba mengatasi masalah dihadapi dia kini sedang berusaha keras dengan pelbagai cara terutama melalui jualan amal untuk mengumpulkan dana bagi membiayai kos rawatan bakal dibuat di AS.

Melalui blog yang dibangunkan sejak Mac lalu, Syahidah menjual beberapa barangan seperti baju T, payung, beg, magnet, tali leher, alat permainan dan sebagainya. Selain menjual barang, blog dibina itu juga berjaya menghubungkan Syahidah untuk berkomunikasi dan bertukar-tukar fikiran dengan beberapa pakar perubatan dari negara luar termasuk Jepun, Russia dan Amerika Syarikat, khususnya mengenai AN.

“Baju T saya reka cetak sendiri manakala barang-barang lain saya ambil dari luar dan ada juga barang ihsan diberikan oleh rakan saya tanpa mengambil sebarang bayaran untuk saya jual. Dengan melancarkan jualan amal melalui blog, sehingga kini saya berjaya mengumpul RM14,000 dan ini bermakna, masih banyak lagi diperlukan tetapi saya yakin boleh mengumpulnya, seterusnya dapat menjalani pembedahan dengan selamat,” katanya dengan tekad tidak akan berputus asa.

Syahidah turut berjanji pada diri sendiri, jika segala-galanya berjalan lancar dia bercadang untuk terus berkongsi maklumat dan pengalaman mengenai penyakit acoustic neuroma yang dihidapi melalui blognya iaitu http://wwwsyahidahishak.blogspot.com.

INFO: Mengenai Acoustic Neuroma (AN)
• AN juga dikenali sebagai Acoustic neurilemmoma, Acoustic neurinoma, Auditory tumor dan Vestibular schwannoma.
• AN adalah ketumbuhan bukan kanser yang terjadi pada saraf yang menyambungkan telinga ke otak.
• Tumor biasanya tumbuh perlahan-lahan dan apabila tumbuh ia memberi tekanan terhadap saraf pendengaran dan keseimbangan.
• Pada mulanya, pesakit mungkin tidak mempunyai simptom atau gejala ringan. Ini termasuklah
- Kehilangan pendengaran salah satu deria dengar
- Telinga berasa berdengung
- Pening dan mengalami masalah keseimbangan
• AN boleh sukar untuk di diagnosis kerana gejalanya sama dengan individu yang ada masalah telinga. Pemeriksaan telinga, ujian pendengaran dan imbasan boleh dibuat bagi mengenalpasti penyakit itu.
• Jika tumor kekal kecil, pesakit hanya perlu diperiksa secara berkala.
• Pada dasarnya, terdapat dua rawatan yang ditawarkan iaitu pembedahan atau radioterapi. Pilihan terapi adalah bergantung kepada kedudukan dan saiz neuroma akustik, kesan paduan pada saraf dan otak, serta keadaan pesakit. Disebabkan oleh pertumbuhan perlahan tumor keputusan memilih rawatan boleh ditangguhkan dengan risiko tertentu iaitu "tunggu dan lihat".
• Jika tumor memberi kesan kepada kedua-dua saraf pendengaran, ia kerap kali kerana gangguan genetik yang dipanggil neurofibromatosis. Tumor juga boleh akhirnya menyebabkan kebas atau lumpuh bahagian muka.
• Jika ia tumbuh cukup besar, ia boleh menekan terhadap otak, menjadi yang mengancam nyawa.

Monday, 12 September 2011

Ms Tan bought another 50 birds toys

Ms Tan, thank you to you. You bought another 50 birds and the tees too!

My wish to meet Ms Tan personally comes true. Ms Tan is very nice person and has true heart. She came over to my office at Kg Pandan just now.

Guys! Keep breathing, that’s the key to live!

Thursday, 8 September 2011

I beg you to spread the words


Hello guys! How are you today?

Hope you guys can help me, spreading the words, or buy some merchandise(s) to raise funds.

Thank you very much guys!!!!

Monday, 5 September 2011

MAS-Thank you to you

Hello guys!

I want to share this good news, that MAS will get an air return ticket for me to Los Angeles.

They reserve one ticket already.

Thank you MAS!!!

Sunday, 4 September 2011

If the surgery is postponed

Hello guys! How are you doing today? How was your Hari Raya celebration? It is really great!

Guys, there are so many questions that pop in my mind from the beginning of this blog until today. What if the surgery postpone to a later date?

The surgery may be postponed...but can I survive in a longer period, to an indefinite date or at a later date? I wish to do that. However, my health will be an issue, to me, to those who close to me... even to my parents, my friends and people around me..Most of them will be affected by me..

First of all, the health issues (or it is a matter of my life issue) is going to be deteriorate, slowly, everyday. God knows it.. and some body outside there can feel it. Lack of balancing, lack of co-ordination, and some vision problems, clumsy, headaches and so on.. There will be another question that will put to me, and I have to deal with it and do something with it now. Maybe, they will understand it.

Second of all, everything in my personal life will also be postponed, and everyone around me will also have to postpone their schedules, dates, appointments and etc. These people will have to wait and wait, and God knows all of their feelings about this matter.

Third of all, health issue will also be associated with wealth issues. Wealth is not a financial matter only, but also a quality of life that can be shared. The more I postpone it, more issues that will come to me and that issue is not only affecting my personal life, but the person who close to me.

Friday, 2 September 2011

Angry Birds t-shirts, Imported and Original

These imported & Original Angry Birds t-shirts are selling for RM35.00 a piece to raise funds for my surgery. There is only one piece each, so grab the one you like before it's sold!

Free size
Bust: 16"
Length: 21"

Contact me at: 017-3378317